Kerjaya Zuraida Kamaruddin

Beliau mula berkhidmat dalam sektor swasta pada 1980 di Frank Small & Associates, Australia. Beliau menjawat jawatan Pengurus Kajian Kualitatif sebelum ke Chuo Senko Advertising (Japan) sebagai Pengurus Penyelidikan Pemasaran dan Perancangan Akaun. Selain itu, beliau pernah bekerja di American International Assurance (AIA), Saatchi & Saatchi Advertising, AVON (M) Berhad dan Flaireborne (M) Sdn Bhd.[4]

Pada 1998, beliau menjadi perunding latihan dan motivasi memberi khidmat nasihat kapada organisasi seperti Petronas, Majlis Majlis Perbandaran, Oriflame, Nutrimetics, Shinetsu, Texas dan juga syarikat syarikat penyelidikan pemasaran, pengiklanan dan barangan.

Jawatan lain termasuk menjadi ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Az-Zahra, Penasihat ALQAS Education & Charity Home, Penasihat GEMMA Humanitarian Relief dan Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman. Beliau juga adalah pengasas dan pengerusi WIRDA yang mempunyai anggota di dalam dan luar negara. WIRDA menjadi Pusat Khidmat Masyarakat yang mengendalikan kaunseling dan perlindungan kepada golongan yang memerlukan termasuk ibu tunggal, musafir, mualaf dan remaja.